Skip to main content

I Luv My Life Uools....

Salam kpd semua blogger...

Post kali nie myzall tuju kan kpd ssiapa yang suka mentelaah blog myzall nie.
myzall nak share a very intresting story of my own life...

Al-kesahnya...

Pada zaman dahulu, ada seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 18 september 1993. Dia dikatakan budak paling comel ( Ya Allah, Belagaknya budak nie...) yang dilahirkan di dlm Kampung Herriot dan hal ini telah menjadi titik sejarah manis dlam kehidupan ibubapa nya...hehehe. Dia telah dikurniakan nama yang comel semacam orangnya, Muhammad Hazmizal Bin Abd. Halil. Dengan penuh kasih dan sayang, dia dibesarkan oleh.... Beberapa orang PENGASUH !! ( : Bukannya sepanjang masa sbb ibubapanya agak sibuk mencari nafkah dan rezeki yang halal untuk menyara seluruh ahli keluarga.

Dia merupakan anak bongsu dari lima adik-beradik lelaki. Walaupun hidup dlam keadaan sederhana, namun dia mampu menyerlah seperti abangnya yang sulong dalam pelajaran. Dia didaftarkan untuk bersekolah rendah di Sekolah Rendah St. Xavier Cawangan.

Di sekolah rendah, Dia telah bersahabat dengan pelbagai jenis manusia. Dan antara yang menjadi sahabat karibnnya adalah Nabil, Muhaimin, Danial, dan banyak lagi. Setahun demi setahun telah dilaluinya akhirnya UPSR pun muncul. Ujian Penilaian Sekolah Rendah nilah yang amat digeruni oleh semua budak sekolah rendah kalau semua nak tahu. Setelah tamat UPSR dengan keputusan 1A 2B 2C, Dia telah memohon untuk memasuki Sekolah Menengah St. Xavier Institution. Di sana bermulalah cabaran hidup yang baru dan banyak memberi tekanan. Namun baginya, ini semua adalah dugaan yang kelak akan menjadi pengalaman yang terindah di dalam hidupnya..

Di sekolah menengah, dia banyak menceburi bidang akaemik mahupun kokurikulum. Dia banyak mewakili sekolah dalam bidang bahasa seperti Debat, Pidato mahupun Syarahan. Adalah yang akhirnya memperolehi kejayaan dan ada juga yang kecundang.. Setelah tiga tahun, PMR pun hampir dengan kehidupannya. Dengan keputusan 1A 7B, Dia telah memilih jurusan Perakaunan di tingkatan empat. Setelah dua tahun mentelaah ilmu, akhirnya tiba juga yang dinanti-nanti, SPM. Alhamdulillah dia telah lulus dengan cemerlanya iaitu 6A 3B. Dengan keputusan itu, Dia telah memohon untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi.

Dan Alhamdulillah dia telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Kampus Kedah mengambil Diploma Perakaunan. Amat gembira hatinya apabila dia melihat senyuman yang diukir oleh kedua orang tuanya yang lama dirnduinya. Hampir kecundang dirinya menghadapi tekanan di U, namun dia telah mengagahkan diri sehingga ke penghujung semester 1. Dengan GPA 3.69, Dia telah berjaya mencapai sasaran yang dtetapkan dalam azamnya. Alhamdulillah... Kini dia sedang menghadapi semester 2 yang dimana tidak kurang hebatnya memberi tekanan kepadanya. Ayuhlah kita berdoa agar dia mampu untuk menjalani kehidupan nya..

Akhir kata, I LUV MY LIFE UOOLS....

Comments

Ainnur Jannah said…
wow..very inspirational ! nak share kt FB!! ;D
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Video oh Video

Salam... Myzall nak share some video dkt sini... Funny... got it from my BEL 260 Letc... Angry birds.. Video yg myzall buat utk bufday kwan myzall.... namanya athirah liyana... Thanx for watching...

Video oh Video 2

Salam... Myzall nk share some of my fav Kpop MV.. This is the latest tau!! Enjoy!! Shinee FT Island Big Bang The latest MV n' i luv KPOP SO MUCH!! k... bye...

Inspirasi

Salam untuk semua... Post kali ni is all about inspiration... Nak tahu x apa inspirasi si Myzall niii... Ha.... Inspirasi myzall adalah.... Telur.....???? hahaha... x lah... of course lah My Lecturer cause itulah impian dan cita2 myzall since menjejakkan kaki di MENARA GADING... (banyaknya gading dia) hehehe.... Lecturer myzall sungguh berdedikasi n memberikan inspirasi Teknik mengajarnya yang memerah otak student mmg best... Apapon Lecturer myzall is DA BEST!! So apa korang punya inspirasi?? Hidup orang yang x berinspirasi umpama "Menuang air ke daun yang keruh" x dak harapan n x dak pembakar semangat.. Apapon... pastikan korang mempunyai inspirasi yang DA BOOM punya... hahahahah Sampai bertemu lagi... K.... Bye...