Skip to main content

Antara Sayang dan Cinta

Dia merupakan insan pertama yang bertakhta di hati ini namun aku tidak sanggup melihat dia menyimpang jauh dari jalan ke syurga. Sudah lama aku bertarbiah dan mengajaknya kembali ke jalan yang benar namun hanya kehampaan yang timbul setiap kali soal ini dibicarakan. Kami berkenalan sewaktu terserempak dalam sebuah kedai buku di Bangi dua tahun yang lalu. Sejak dari pertemuan itu, hatiku sudah terpikat akan keayuan wajahnya. Namanya yang seayu wajahnya memikat hatiku, Ayu Normaya Binti Asry Nuriman.
“ Hi, boleh awak tolong saya ?” tiba-tiba suara merdu bak buluh perindu menyapa ke gegendang telingaku. Itulah saat pertama aku dapat menatap wajah yang seayu wajah Ayu.
“ Apa yang boleh saya buat untuk bantu cik.. ?” tergangtung ayatku disitu kerana tertanya-tanya nama si dia yang sedang berbicara.
“ Opps, nama saya Ayu. Saya tengah cari sebuah novel yang bertajuk ‘ Bicara Hati ’ karya Damya Hanna . Awak pekerja di sini kan? ” sambung Ayu mematikan persoalan yang timbul di minda buat seketika.
“ Tidak saya bukannya pekerja disini, saya hanyalah pelanggan tetap di kedai buku ini, Cik Ayu. Cuba Cik Ayu tanya kepada Abang Din yang memakai baju berwarna merah hati di situ, InsyaAllah dia dapat membantu” jelasku terhadap kesilapan Ayu.
“ Isyh, tak payah lah nak bercik-cik dengan saya, panggil saja saya Ayu dan terima kasih atas bantuan awak. Oh ya sebelum terlupa, boleh saya tahu nama awak?” ucap Ayu dengan nada manjanya.
“ Nama saya Mohd. Hafizi. panggil saya ‘G’ je. Ok lah Ayu, saya nak kena gerak dulu, kalau ada umur yang panjang kita jumpa lagi ya.” ujarku lalu menamatkan perbualan di tengah MPH Bookstore itu.
Sejak dari hari itu, aku sering terserempak Ayu di kedai yang sama setiap hujung minggu. Ayu rupanya merupakan seorang yang meminati Novel tempatan keluaran Syarikat Alaf 21. Aku pula sering saja pergi ke sana bagi menghabiskan masa mencari sumber ilmu yang baru. Dari situ aku mula rapat dengan insan bergelar Ayu Normaya dan bermulalah kisah cinta antara kami berdua. Lama kelamaan, kami pun bergelar pasangan kekasih. Namun aku baru tahu yang Ayu suka bersosial dan sering ke kelab malam dan minum minuman keras bagi menghilangkan tekanan dan menghiburkan hati kawan-kawannya. Aku sedar aku hanyalah insan yang biasa dan hanya mampu menegurnya agar tidak lagi melakukan perbuatan yang dibenci Allah. Sebagai seorang kekasih, tanggungjawabku membimbing Ayu ke jalan yang benar aku rasa sungguh berat sekali untuk aku pikul. Aku yakin dan pasti jiwa Ayu ini bukannlah jiwanya yang sebenar. Pasti ada kelembutan yang terselit di sebalik watak ganas itu.
Hampir 2 tahun kami berkenalan namun dia masih seperti pertama kali aku temu. Tetap dengan kedegilan dan kekerasan hatinya yang bertindak zalim akan perasaan hati sendiri. Aku cuba merubahnya dari segi pemakaian, tutur kata dan sifatnya yang agak ganas dan bertetangan dengan lumrah wanita.
“ Ayu janganlah pergi ke kelab malam tu lagi. Apa yang Ayu dapat dengan mengunjungi tempat yang penuh dengan maksiat tu? ” kataku cuba memujuk Ayu yang sedang bersiap untuk ke kelab Moise di hujung kota itu.
“ G, tolonglah kita dah lama bincangkan soal ini dan akhirnya pasti perbalahan yang timbul, jadi janganlah mulakan.” Ayu mula membentak dengan nada yang tinggi. Hampir pecah gendang telingaku yang terlalu hampir dengan handsetku.
“ Ok lah Ayu, jika Ayu masih dengan kedegilan Ayu, G rasa tiada gunanya hubungan kita lagi. Langsung tiada kata sepakat! Maafkan G jika Ayu terguris namun G harus memilih antara sayang G pada Ayu atau cinta G pada Yang Esa, yang G takut ialah dosa yang terlalu banyak G dapat ketika bersama dengan Ayu. Jika Ayu benar-benar mencintai G, berubalah menjadi yang lebih baik. Assalamualaikum.” Ujarku menamatkan perbualan dan pastinya membuatkan Ayu terpinga-pinga.
Keesokan harinya, Ayu datang menenui aku dan cuba memujukku untuk mengekalkan hubungan kami berdua. Namun aku tetap dengan keputusanku dan selagi Ayu tidak mahu berubah. Selepas kejadian itu, agak lama juga aku tidak lagi bertemu dengan Ayu. Aku meneruskan kehidupan seharian tanpa Ayu disisiku. Begitu sepi dan kelam kini kerna amat aku rasakan akan kehilangan Ayu dari hidupku.
Aku rasa aku telah melakukan pilihan yang tepat dengan memilih cinta kepada Allah daripada sayang yang tak ke mana. Walaupun agak sukar aku nak tempuhi hidup tanpa Ayu, aku masih mampu untuk mengagahkan diri melupakan Ayu. Teman-temanku yang banyak membantu aku dalam proses untuk melupakan Ayu , namun yang pastinya Ayu tetap di hatiku kerana dia lah cinta pertama dan terakhirku.
Setelah hampir setahun aku memutuskan hubungan dengan Ayu, aku sudah mampu untuk meneruskan kehidupan harian seperti sediakala. Rutin harianku pada setiap pagi sebelum memulakan langkah ke pejabat, aku akan bersarapan di kedai nasi lemak yang bersebelahan dengan pejabatku. Hari ini aku bergerak ke pejabat lebih awal dari biasa, entah kenapa aku pun tidak tahu. Ketika aku sampai di kedai nasi lemak itu, ada seorang wanita bertudung merah dan berbaju kurung kedah menyapa aku dari belakang. Suaranya amat aku kenali dan ianya iras-iras suara yang sudah hampir setahun tidak kedengaran.
Apabila aku pusing ke belakang, betapa terperanjatnya aku apabila insan yang selama ini bermati-matian aku cuba lupakan tiba-tiba muncul. Dengan personaliti yang sangat berbeza, aku sungguh gembira dapat melihat diri Ayu dalam keadaan sedemikian. Alhamdulillah, akhirnya pintu hatinya terbuka untuk kambali ke jalan benar iaitu jalan ke syurga. Ayu kini lebih gemar untuk mendekati ilmu dan kuliah agama dan dia banyak menceritakan betapa dirinya malu dan menyesal akan corak kehidupannya yang lama. Aku banyak memberikan sokongan dan galakkan kepada Ayu agar terus berjuang dan jangan mudah berputus asa. Biar apapun tanggapan orang, yang penting kita menjadi diri kita sendiri dan disayangi oleh Yang Maha Esa.
Kini kami berhubungan kembali seperti dulu dan kami tidak lagi akan berbalah tentang perkara yang sama kerana kata sepakat mudah diperoleh jika pasangan sependapat. Ayu menjadi insan paling comel di pandangan mataku apabila auratnya sudah dilitupi sesuai dengan kehendak syarak. Kami bersetuju untuk menjadi lebih serius dalam perhubungan ini dan ingin mendirikan rumah tangga bagi memastikan hubungan kami direstui. Setelah sebulan, aku meminta orang tuaku untuk meminang Ayu dan kami disahkan suami isteri setelah setahun bertunang. Dari pernikahan ini, kami dikurniakan tiga cahaya mata yang comel-comel belaka. Semuanya seiras wajah Ayu yang sememangnya ayu sejak dari mula aku kenal insan yang bernama Ayu Normaya Binti Asry Nuriman.

Comments

Marcella said…
yeah!!!!!!!
best2!
asri pun ada... termasuklah lect Normaya!! haha..ops! jgn lupa hafizi sekali...

[mood:hyper coz bru mkn sugar]

Popular posts from this blog

Final Exam Sem 3!!

Hey Hey Hey!!

Salam..

The final exam is juz around the corner!!
Pejam celik pejam celik dah nak habis semester 3 ni...
Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.

Entri kali ni nak gtau yang final exam nak mula dah
In fact it will begun tomorrow!!
First paper will be BEL311
x la susah sangat

Yang paling myzall takut ialah
PAPER LAW240..
bukan takut dengan lecturernya
tapi dengan subject yang boleh dikatakan
subject KILLER sem 3 ni...

Tapi yang nak dihighlight kan kat sini ialah...
Myzall nak ucapkan GUDLUCK to all my buddies
for all the final paper..
Hope uools dapat buat yang terbaik
n' aim for the Dean List!!

To all my classmate.. i want to seek for forgiveness
if i have done anything wrong sepanjang semester ni!!
sorry, Sorry, SORRY!!

I hope kita akan jumpa lagi sem depan...
Lastly, juz wanted to say GOOOOOOOOOD LUCK!!!

Chao!!

Cheer Up..

10 mac 2011

It's miserable to live ur life without anybody besides ur world...
Kesah apa aku.. yang penting kita kena enjoy dengan hidup kita. Biarlah dia org nak kata apa, kita buat tak kesah jer.. SO WHAT!! it's my life...
Aku bukan nak kata apa lew.. tapi mulut org kta x boleh nk tutup so just biarkannya...
Aku tahu lew aku tak sehebat mana pon.. tapi tak payah lew sampai nak benci dan berdendam dengan aku... Sesungguhnya aku dah bosan dengan semua nie...

*************************************
11 mac 2011

Result SPM keluaq minggu depan... Nervous nyer aku, takut tak sehebat yang aku bayangkan selama ini... But apa pun i've try my best cuma tawakal jer lew yang tinggal....
Buat semua SPM leaver at GSC... I wish u all The Best Of Luck 4 ur result...
All 5A2 student at SXI, Penang, Jumpa kamu semua di skolah masa nak ambik result nanti K....
How i'm gonna 2 face all my teacher's if i fall?? soalan yang tiap2 arie timbul d fikaran aku... i HOPEE all my teacher is fine with my …

Judgement Day...

20 Mac 2011
Kerja banquet di Hotel E&O amat meletihkan... the best thing i ever did is terjatuhkan minuman ke atas guest..hehe.. Walapn gaji nyer agak lumayan namun rasa bagai di seksa.. I've learn a little bit about Hospitality n Management while wrking there...
It's a chienese weeding... aku disruh untuk memakai jaket E&O utk mlayan tetamu... cute jugak aku bila memakai jaket itu.. hehe.. Letih kut brdiri sepanjang hari... But overall i've got the xprience...
*****************************************
23 Mac 2011
It's the judgement day...Result ku not so bad... boleh lew... still ada future.But overall i luv my self sbb dah brsungguh2 n bertungkus-lumus time SPM last year. Harapan untuk menjejakkan kaki ke menara gading semakin dapat ku kecapi..
Pengalaman yg brdebar2... Semalam hampir x dpt nk pejamkan mata... Toleh ke knn dn kri still x dapt nk tido... pkul 4 pagi baru lew aku dibuai mimpi... Today... aku bangun awal dri biasa.. it's 7.30 a.m.. Aneh kerna aku …