Skip to main content

Antara Sayang dan Cinta

Dia merupakan insan pertama yang bertakhta di hati ini namun aku tidak sanggup melihat dia menyimpang jauh dari jalan ke syurga. Sudah lama aku bertarbiah dan mengajaknya kembali ke jalan yang benar namun hanya kehampaan yang timbul setiap kali soal ini dibicarakan. Kami berkenalan sewaktu terserempak dalam sebuah kedai buku di Bangi dua tahun yang lalu. Sejak dari pertemuan itu, hatiku sudah terpikat akan keayuan wajahnya. Namanya yang seayu wajahnya memikat hatiku, Ayu Normaya Binti Asry Nuriman.
“ Hi, boleh awak tolong saya ?” tiba-tiba suara merdu bak buluh perindu menyapa ke gegendang telingaku. Itulah saat pertama aku dapat menatap wajah yang seayu wajah Ayu.
“ Apa yang boleh saya buat untuk bantu cik.. ?” tergangtung ayatku disitu kerana tertanya-tanya nama si dia yang sedang berbicara.
“ Opps, nama saya Ayu. Saya tengah cari sebuah novel yang bertajuk ‘ Bicara Hati ’ karya Damya Hanna . Awak pekerja di sini kan? ” sambung Ayu mematikan persoalan yang timbul di minda buat seketika.
“ Tidak saya bukannya pekerja disini, saya hanyalah pelanggan tetap di kedai buku ini, Cik Ayu. Cuba Cik Ayu tanya kepada Abang Din yang memakai baju berwarna merah hati di situ, InsyaAllah dia dapat membantu” jelasku terhadap kesilapan Ayu.
“ Isyh, tak payah lah nak bercik-cik dengan saya, panggil saja saya Ayu dan terima kasih atas bantuan awak. Oh ya sebelum terlupa, boleh saya tahu nama awak?” ucap Ayu dengan nada manjanya.
“ Nama saya Mohd. Hafizi. panggil saya ‘G’ je. Ok lah Ayu, saya nak kena gerak dulu, kalau ada umur yang panjang kita jumpa lagi ya.” ujarku lalu menamatkan perbualan di tengah MPH Bookstore itu.
Sejak dari hari itu, aku sering terserempak Ayu di kedai yang sama setiap hujung minggu. Ayu rupanya merupakan seorang yang meminati Novel tempatan keluaran Syarikat Alaf 21. Aku pula sering saja pergi ke sana bagi menghabiskan masa mencari sumber ilmu yang baru. Dari situ aku mula rapat dengan insan bergelar Ayu Normaya dan bermulalah kisah cinta antara kami berdua. Lama kelamaan, kami pun bergelar pasangan kekasih. Namun aku baru tahu yang Ayu suka bersosial dan sering ke kelab malam dan minum minuman keras bagi menghilangkan tekanan dan menghiburkan hati kawan-kawannya. Aku sedar aku hanyalah insan yang biasa dan hanya mampu menegurnya agar tidak lagi melakukan perbuatan yang dibenci Allah. Sebagai seorang kekasih, tanggungjawabku membimbing Ayu ke jalan yang benar aku rasa sungguh berat sekali untuk aku pikul. Aku yakin dan pasti jiwa Ayu ini bukannlah jiwanya yang sebenar. Pasti ada kelembutan yang terselit di sebalik watak ganas itu.
Hampir 2 tahun kami berkenalan namun dia masih seperti pertama kali aku temu. Tetap dengan kedegilan dan kekerasan hatinya yang bertindak zalim akan perasaan hati sendiri. Aku cuba merubahnya dari segi pemakaian, tutur kata dan sifatnya yang agak ganas dan bertetangan dengan lumrah wanita.
“ Ayu janganlah pergi ke kelab malam tu lagi. Apa yang Ayu dapat dengan mengunjungi tempat yang penuh dengan maksiat tu? ” kataku cuba memujuk Ayu yang sedang bersiap untuk ke kelab Moise di hujung kota itu.
“ G, tolonglah kita dah lama bincangkan soal ini dan akhirnya pasti perbalahan yang timbul, jadi janganlah mulakan.” Ayu mula membentak dengan nada yang tinggi. Hampir pecah gendang telingaku yang terlalu hampir dengan handsetku.
“ Ok lah Ayu, jika Ayu masih dengan kedegilan Ayu, G rasa tiada gunanya hubungan kita lagi. Langsung tiada kata sepakat! Maafkan G jika Ayu terguris namun G harus memilih antara sayang G pada Ayu atau cinta G pada Yang Esa, yang G takut ialah dosa yang terlalu banyak G dapat ketika bersama dengan Ayu. Jika Ayu benar-benar mencintai G, berubalah menjadi yang lebih baik. Assalamualaikum.” Ujarku menamatkan perbualan dan pastinya membuatkan Ayu terpinga-pinga.
Keesokan harinya, Ayu datang menenui aku dan cuba memujukku untuk mengekalkan hubungan kami berdua. Namun aku tetap dengan keputusanku dan selagi Ayu tidak mahu berubah. Selepas kejadian itu, agak lama juga aku tidak lagi bertemu dengan Ayu. Aku meneruskan kehidupan seharian tanpa Ayu disisiku. Begitu sepi dan kelam kini kerna amat aku rasakan akan kehilangan Ayu dari hidupku.
Aku rasa aku telah melakukan pilihan yang tepat dengan memilih cinta kepada Allah daripada sayang yang tak ke mana. Walaupun agak sukar aku nak tempuhi hidup tanpa Ayu, aku masih mampu untuk mengagahkan diri melupakan Ayu. Teman-temanku yang banyak membantu aku dalam proses untuk melupakan Ayu , namun yang pastinya Ayu tetap di hatiku kerana dia lah cinta pertama dan terakhirku.
Setelah hampir setahun aku memutuskan hubungan dengan Ayu, aku sudah mampu untuk meneruskan kehidupan harian seperti sediakala. Rutin harianku pada setiap pagi sebelum memulakan langkah ke pejabat, aku akan bersarapan di kedai nasi lemak yang bersebelahan dengan pejabatku. Hari ini aku bergerak ke pejabat lebih awal dari biasa, entah kenapa aku pun tidak tahu. Ketika aku sampai di kedai nasi lemak itu, ada seorang wanita bertudung merah dan berbaju kurung kedah menyapa aku dari belakang. Suaranya amat aku kenali dan ianya iras-iras suara yang sudah hampir setahun tidak kedengaran.
Apabila aku pusing ke belakang, betapa terperanjatnya aku apabila insan yang selama ini bermati-matian aku cuba lupakan tiba-tiba muncul. Dengan personaliti yang sangat berbeza, aku sungguh gembira dapat melihat diri Ayu dalam keadaan sedemikian. Alhamdulillah, akhirnya pintu hatinya terbuka untuk kambali ke jalan benar iaitu jalan ke syurga. Ayu kini lebih gemar untuk mendekati ilmu dan kuliah agama dan dia banyak menceritakan betapa dirinya malu dan menyesal akan corak kehidupannya yang lama. Aku banyak memberikan sokongan dan galakkan kepada Ayu agar terus berjuang dan jangan mudah berputus asa. Biar apapun tanggapan orang, yang penting kita menjadi diri kita sendiri dan disayangi oleh Yang Maha Esa.
Kini kami berhubungan kembali seperti dulu dan kami tidak lagi akan berbalah tentang perkara yang sama kerana kata sepakat mudah diperoleh jika pasangan sependapat. Ayu menjadi insan paling comel di pandangan mataku apabila auratnya sudah dilitupi sesuai dengan kehendak syarak. Kami bersetuju untuk menjadi lebih serius dalam perhubungan ini dan ingin mendirikan rumah tangga bagi memastikan hubungan kami direstui. Setelah sebulan, aku meminta orang tuaku untuk meminang Ayu dan kami disahkan suami isteri setelah setahun bertunang. Dari pernikahan ini, kami dikurniakan tiga cahaya mata yang comel-comel belaka. Semuanya seiras wajah Ayu yang sememangnya ayu sejak dari mula aku kenal insan yang bernama Ayu Normaya Binti Asry Nuriman.

Comments

Ainnur Jannah said…
yeah!!!!!!!
best2!
asri pun ada... termasuklah lect Normaya!! haha..ops! jgn lupa hafizi sekali...

[mood:hyper coz bru mkn sugar]

Popular posts from this blog

Video oh Video

Salam... Myzall nak share some video dkt sini... Funny... got it from my BEL 260 Letc... Angry birds.. Video yg myzall buat utk bufday kwan myzall.... namanya athirah liyana... Thanx for watching...

Video oh Video 2

Salam... Myzall nk share some of my fav Kpop MV.. This is the latest tau!! Enjoy!! Shinee FT Island Big Bang The latest MV n' i luv KPOP SO MUCH!! k... bye...

Inspirasi

Salam untuk semua... Post kali ni is all about inspiration... Nak tahu x apa inspirasi si Myzall niii... Ha.... Inspirasi myzall adalah.... Telur.....???? hahaha... x lah... of course lah My Lecturer cause itulah impian dan cita2 myzall since menjejakkan kaki di MENARA GADING... (banyaknya gading dia) hehehe.... Lecturer myzall sungguh berdedikasi n memberikan inspirasi Teknik mengajarnya yang memerah otak student mmg best... Apapon Lecturer myzall is DA BEST!! So apa korang punya inspirasi?? Hidup orang yang x berinspirasi umpama "Menuang air ke daun yang keruh" x dak harapan n x dak pembakar semangat.. Apapon... pastikan korang mempunyai inspirasi yang DA BOOM punya... hahahahah Sampai bertemu lagi... K.... Bye...